Penang - Hatyai Keretapi

Short trip dengan keretapi kali ini singkat ja , pergi 26 - 27 Ogos petang balik... Niat dia saja2 nak p makan2 ja... Jam 5.30 pagi get ready bersiap dari rumah , booking GRAB mai ambik kat umah ( dulu payah.... nak p mana ja selalu nak kena mintak tolong orang hantar , la dah senang request online jap ja dia sampai , motor ngan keta tak susah nak parking , kos GRAB RM13 ( pakai promo RM6 ) bayar rm7 ja la)
Sampai KTM Bukit Mertajam jam 6 lebih pagi , solat subuh apa dulu , nak beli tiket kaunter 6.15 pagi baru buka haritu . Tiket RM10.70...

Perjalanan dari Bukit Mertajam 1 jam setengah macam tu , sampai2 ja kami pun tak sarapan apa lagi jadi dok nampak kat situ ada food court kecil singgah kat situ sarapan

sebelum nie dok dengar kata viral nak masuk border thai nak kena siapkan rm2 ( selalu bukit kayu hitam ) tapi nie baru pertama kali nak masuk melalui border keretapi padang besar tak payah siap rm2 pun mereka tak minta , jadi kita pun jalan ja la hehe... sementara nak beratur nak cop passport fadzil wakil pergi belikan tiket dekat sebelah yang nak cop passport tu , sebab sewaktu awal pagi kami sampai kaunter tu tak buka lagi , jadi kami pun p makan dulu kat atas sebab jam time tu kui 8.34 pagi kaunter buka jam 9 pagi 

Perkara wajib sebelum masuk dan cop passport

awai pagi pun boleh gagah orang punya ramai... ( lagi pun time kami p tu ada cuti panjang ckit ) 


Tiket keretapi thai nie masih boleh beli pakai duit malaysia , mereka masih terima... untuk harga tiket seorang RM10

 kami tak ramai , senang ;) sementara nak sampai hatyai sejam , lena sedaih pa lu.. kekeke

mai nak naik keretapi nie , tapi tak jalan pagi , dia jalan trip petang kui 3.30 petang , jadi bergambar kot belakang pun ok dah la hehehe...

sampai2 kat stesen keretapi , mula ingat nak beli siap2 tiket untuk esok , bukan apa senang esok tu tak kelam kabut nak p beratur beli tiket. Sekali p tanya dia kata esok nak naik esok baru beli...  tak pa lah kami pun pikiaq baik p chek in hotel terus...

p cari tut tut habuan ke Hotel Hi Season 3 orang kami dia cas 150 Baht... lebih kurang 3 kilometer macam tu... ( tut2 nie audio sempoi sikit hehe ) Chek in hotel rileks apa dulu dulu , tengah hari sikit kita keluar cari makan... Kira kali nie kami mai sini tak naik kenderaan sendiri jadi makna kata tut2 nie jadi kenderaan utama la , kalau dulu senang turun ja hotel start motor pulas ja nak ke mana... lebih kurang jam 12 lebih tengahari macam tu , turun tanya kan tut2 tu nak ke nama dia kawasan Hatyai Nai , sebab fadzil ada dok servey kedai makanan 



memang nampak macam best.... selalu kira dok p tempat tumpuan orang ramai , tapi kali nie nak cuba lari dari tumpuan orang ramai... cemuih gak klu selalu dok tempat ramai....
Kami pun tak dok hotel lama sangat sebab perut dok bunyi2 jadi kena lagi cepat keluar p kedai makan tu... Tut2 dari Hi Season ke Hatyai Nai dia cas 150Baht pergi saja tau , kalau nak balik dia boleh tunggukan 150Baht lagi la kemudian...
Memang puas hati la bila sampai , kedai memang bersih dan elok... ( gambar kedai lupa nak ambik , hehe ) 


antara menu dia yang kami kena panggil tukang ambil order sebab  tak dak bahasa malaysia

Antara yang menarik minat nak order hehe... 



kami pilih ini untuk kami bertiga , harga makanan yang kami makan tu lebih kurang dekat 260Baht...
cukup sejam kami kat situ mai la balik tut yang hantar kami dari hotel ke situ , sebabnya tut2 kawasan situ memang susah atau lebih mudah memang tak dak yang lalu kawasan situ... lain la kalau kawasan kat situ ada UBER ka GRAB ka senang la nak balik kui berapa pun macam kat malaysia hehe... Perut pun dah kenyang sampai hotel ja kira nak rest dan pejam mata la jawabnya...


Petang kat 6.30 petang waktu malaysia macam tu kami cadang nak ke Asean Night Bazaar port  makanan ngan shopping bagi wanita la orang kata ,  tapi kali nie tut2 dari hotel ( hotel ke asean night bazaar 300baht ) kami suruh dia tak payah tunggu sebab sat lagi nak jalan kaki ke GreenWay ( dekat ja jalan kaki , kalau nak ambik tut2 macam rugi ) then terus ke Lee Garden

makan dulu... haha isi perut dulu...




jarak dia tak jauh pun dari Asean Night Bazaar... jalan kaki ja... 



kemudian tu ke GreenWay sama juga konsep dia macam uptown tapi tempat tu banyak kepada barang pakaian bundle dan baru , bundle nie kasut dengan baju laki tak banyak sangat... habis pusing2 kami hala p ke pusat tumpuan hatyai lak , Lee Garden Hotel sebab situ malam memang happening sampai orang kata malam situ tak mati la... saja ambik mood jalan kaki nak dekat sejam jugak la.. hehe.... asyik naik tut nak cepat ja.. ( padahal nampak macam dekat ) haha


Pekena teh tarik hatyai pa dulu.. tapi tudiah la tempat punya la penuh sampai nak kena tunggu..

rasa lenggoh kaki akibat jalan tadi jadi sebelum balik hotel , kita urut kaki dulu... yang penting lelaki urut... haha , puas hati urut kat kedai nie... 200baht ja berbanding kedai lain 250baht , selesai urut kaki mata pun mula la macam ada gam jadi singgah 7e sat beli keropok ngan air habuan santapan dok bilik sebelum nak lelap....

Hari Kedua

Nasib tak menyebelahi kami , pagi tu ambil keputusan nak beli tiket train sejam awal sebelum train nak jalan... sekali pergi tanya habis daaa....
Kami dok bajet  sempat beli sebab pagi sebelum chek out kami plan nak p makan balik kat kedai yang kami makan semalam , sebelum tu kami singgah money changer tukar duit baht sebab rasa macam tak cukup saja hehe ( kos makan dengan kos tut dari hotel ke kedai makan dan seterusnya total semua lebih kurang 180baht seorang ) kemudian straight stesen keretapi untuk beli tiket... sekali sampai sampai dia kata habis .... jem sat... haha... 

ok tiket dah habis jadi nampak gaya kena balik naik van komuter la.. hehe tak boleh nak sambung stay kat sini sebab isin dah keja oiii....
ambik  tut tut suruh dia hantarkan ke stesen van dia cas sorang 50baht , pada mulanya ada sorang driver nie offer nak bagi kat kami tut tut besar yang boleh hantar sampai ke padang besar terus dia cas   3 orang kami lebih kurang hampir 1000bhat... uih....!! bukan dia laaa , sakan dia nak pekena... kami tak mau la....  15 minit ke setengah jam macam tu sampai la ke stesen van... 

alhamdulilah lega....
sampai sampai cari ada sebijik van yang mana lagi 10 minit nak bertolak dari hatyai nak ke padang besar , tiket pun tak mahal baru 150baht sorang masa perjalanan dia pun lebih kurang yang macam driver awal tu offer kan sejam lebih nak sampai padang besar... murah banyak dari yang awal tu... nie van siap aircond lagi...

Alhamdulilah selamat sampai dan lepas pada border Thai jam 2.39 tgh... kami jalan kaki ja nak ke border malaysia , ada la orang panggil naik motor tapi tu la , tapi tu semua kira nak duit la... hehe lagipun dekat ja pun jalan ja...
Tapi yang paling pedih meningkam kalbu dia... balik dari padang besaq sampai la KTM Bkt Mertajam berdiri woiii... orang punya la ramai teruk... memang tak leh nak kata apa laaa....
Kesimpulan dia harap satu hari nanti pihak KTM dapat la tambah gerabak lagi ka atau apa saja la habuan memudahkan orang ramai dan selesa....











Ulasan

mizztyka fyfa berkata…
Wahhh.. best ya. pinjam eh nak buat rujukan. Ekhh nak shared.. boleh dak? ;)
Boleh tak dak masalah cik mizztyka fyfa , amat dialu alukan ...
dan terima kasih kerana sudi baca blog saya :-D
terima kasih juga ya kerna sudi singgah dan baca ;-)
Tanpa Nama berkata…
How to Make Money from Betting on Football? - Work-Tomake
If you want to start winning at a football match online, you must bet on who will win and how many times. หาเงินออนไลน์ As we mentioned in our bookie review,

Catatan popular daripada blog ini

Penang ke Koh Tao

Journey To Yala untuk Raya Haji , Thailand