Phnom Penh , Kemboja
Ke kemboja kali nie tak bermaksud berjalan explore tempat nie sehabis habisnya cuma yang boleh nak kongsi kan sikit pengalaman jalan kat sana... sebab perjalanan dan penginapan ditaja , makna kata pergi atas dasar macam kerja jugak la...
Seawal jam 2.30 pagi 28 Dis 2017 kena keluar dah bertolak pergi ke airport penang sebab nak kena berkumpul ambil tiket dan ada sikit penerangan tentang perjalanan kesana , flight ( kali nie naik MAS ) yang nak ke Kemboja jam 5.30 pagi ( transit di KLIA ) kemudian jam 9 pagi.
view yang selalu kita lihat bila atas flight
tiba di airport phnom penh lebih kurang 11.30 pagi malaysia ( sana lewat sejam juga sama thailand ) terus ada orang datang ambil untuk ke hotel terus , sebab jadual untuk hari tu macam padat sikit... 12.30 tghari chek in , sejam jugak perjalanan dari airport nak ke hotel yang nak menginap nie...
kebanyakkan paling lama kami menginap kat setiap satu hotel , semalam ja pastu pindah tempat.
kalau tengok view dari dalam hotel boleh la nampak terus sungai mekong.
jam 1.10 tengahari macam tu kena keluar ikut pada jadual , tak banyak sangat tempat pergi , jadi aku cuba la dapatkan gambar yang aku nak kan , sebab kat sini kita boleh tau keadaan masyarakat yang susah dan miskin ( dalam masa yang sama aku cuba lari dari ikut 100% jadual yang mereka tetapkan hehe )
Gambar nie semua aku rakam sekitar sekolah agama sekitar kawasan bandar phnom penh , nama kawasan tersebut Kampung Batu 8 , Mukim Chrang Chomreh 2 ,
masjid yang berhampiran dengan sekolah agama tersebut.
destinasi seterusnya lokasi terlupa nak catit... hehehe masalah betui....
Ok selesai hari pertama , orang kampung situ bagi ayaq nyioq... boleh balik hotel dah...
Selamat Pagi dari perantauan berteman kan kamera kaknon dan fenyuuu , hari kedua bermula...
Awal pagi sekitar kedai makan yang mengadap sungai mekong
isi perut , siap2 sebab nak hadap sekali perjalanan nie , kedai makan dia jauh2 sekali , bertolak lebih kurang jam 8 pagi sehingga la sampai kat Jasmine Boat Restaurant nie...
Singgah minum basahkan tekak...
lokasi kedai minum Preah Soramarith Quay, Krong Kracheh,
air kopi apa entah nama dia lupa... main order ja sebab dok nampak depan tu sungai mekong luas ja...
Order kali kedua tambahan... hehe...
setengah daripada perjalanan dari satu tempat ke satu tempat ada jalan yang tak berturap.Dalam pertengahan perjalanan kami... Berhenti sat makan , ada satu kedai tepi jalan nie muslim yang diberitahu oleh pemandu van ok... sekai tengok serius impresi orang first akalu tengok kompom tak akan makan... ye la satu kedai tu ja tepi jalan , orang pun tak mai makan....
ternyata sup ikan dia terbaik... walaupun kedai tepi jalan dan nampak usang , hehehe
Sekolah Agama terakhir untuk hari kedua untuk misi ziarah...
Sekolah agama yang tiada bekalan elektrik , belajaq dalam gelap berteman kan lilin ja.
firdaus kita sempat lagi berpose...
tak jauh dari sekolah agama tu kami di jemput oleh rakan yang membawa kami untuk berhenti makan di pondok kecil dia....
ini pondok untuk zudi ( kawan kepada pemandu van ) berteduh atau bermalam dan disini jugak la kami makan malam....
gambar kenang kenangan itu pasti kena ada kan.....
sampai pun dah nak dekat 10.30 malam macam tu.. tak banyak aktiviti buat , habis masa dalam van sebab dekat 6 jam lebih duduk dalam tu ja itu pun singgah sekejap sekolah agama kemudian sambung balik perjalanan sampai la ke hotel kedua...
Four River Hotel nie betul - betul berhampiran dengan sempadan Laos , di beritahu oleh pemandu van , depan hotel nie pun masih laluan sungai mekong. ( sumber gambar Firdaus )
pagi bertemankan nestum koko panas sambil menikmati sungai mekong...
Pagi hari ketiga chek out... tak jauh dari hotel , kami singgah di pasar stuung treng bersarapan kat situ...
Sekitar market pagi Stuung Treng , Kemboja
kedai makan pagi kami....
Pulut udang ka apa nie.... macam dia....? tapi besaq satu macam ja 😂
Salah satu masjid yang ada di kawasan Stuung Treng.
selesai satu perkara kat sini... jadi masa untuk mengadap 6 ke 7 jam untuk balik ke Phnom Phenh.
terima kasih firdaus untuk gambar nie.... budak kecil nie tak mau lepas pulak 😂
habis selesai perkara kat sini , ada pula jemputan dari kawan zudi untuk hadir makan di rumah kawan , baru ja kot lepas makan , makan pulak lagi... serius memang perut tak boleh nak masuk dah. tapi disuruhnya makan ( bukan tuan rumah tu la , tapi yang ada dalam rombongan sekali tu ).
nah... ini habuan nya...😩 perut dah penuh tapi disuruhnya lagi... malam tu kira habuan la... boleh biskut ja yang nak boleh pun... tido awal la...
Alhamdulilah bangun di pagi hari keempat nie sihat semuanya , cuma mood nak makan tu tak berapa nak boleh sangat... masa untuk pulang ke tanah air...
nie jam 7 pagi cerah dan sejuk dia lain macam sikit waktu tu.... hotel yang terakhir kali nie agak nampak mewah la bagi aku kat kawasan pekan phnom penh nie diulang sekali lagi mewah bagi aku hehehe , bagi orang lain tak tahu la pulak kan...
cubaan memaksa diri untuk makan juga , sebab nak kena makan ubat... makan kat kedai yang sama juga tepi sungai tempoh hari... sebelum nak bertolak ke airport... lepas dari selesai makan terus ke airport dalam lebih kurang sejam lebih macam tu , jalan pagi tu nak ke airpot tak sesesak macam sebelum nie waktu sampai nak ke hotel... punya la bersesak...
semua pakat pakat nak balik dengan nak tukar destinasi seterusnya... boleh gagah ramai...
chek in bag yer bang 😁...
flight mula jalan lebih kurang jam 11 pagi tak terus ke penang ada transit kat KLIA jam 2.30 petang , sementara nak tunggu jam 4.30 petang untuk flight balik penang , alhamdulilah selamat sampai penang dekat jam 6 petang , lepak airport sat sambil kena kopi dulu , teman firdaus makan lepas maghrib juga lah baru balik umahhhh....
terima kasih kepada yang sudi membaca travellog nie walaupun tak seberapa 😉 peace...
Ulasan