Penang ke Koh Tao

Januari 27 , 2018

Hari pertama....
Macam biasa pengangkutan Grab diperlukan RM11 ( dah jadi sinonim dengan pengangkutan harian ) dari perai ke stesen keretapi bukit mertajam. Jam 6.30 pagi ambil keretapi ke padang besar ( RM 10.40 )... kali nie tak awal sangat sebab keretapi yang nak bertolak ke Chum Phon dari Hatyai Junction jam 3.30 petang baru ada... Jadi kalau ambil keretapi awal jam 5.30 pagi dari Bukit Mertajam pun macam rugi ja terpaksa tunggu lama dekat stesen keretapi  hatyai...

dok bajet nak bawak barang paling sikit tapi nah banyak serupa tu juga 😂

Dari bukit mertajam ke padang besar perjalanan lancar 👍 tapi dari padang pesar nak hatyai agak lambat sebab orang yang ramai...

dekat dalam pun boleh gagah beratur tunggu lama untuk cop passport.

nak tunggu untuk beli tiket ke hatyai pun boleh gagah panjang dia...

Disitu saja dekat sejam lebih berdiri , yang membuatkan lambat sebabnya ialah kali nie sapa yang beli tiket ( tiket ke hatyai beli disitu 700baht ) insyallah dapat tempat duduk 😁 tak macam dulu dah sekarang nie... lepas ja cop passport baru boleh masuk satu persatu.... kalau dulu beli ja tiket memang masuk terus tak beratur dah , nah sekali tengok punya ramai yang dok berdiri 😩 , alhamdulilah ada peningkatan dah sekarang , terbaik lah kali nie...



Sampai sampai ja kat Hatyai terus ja cari kedai makan sebab sebelum tu makan kat padang besar kelam kabut jugak la sebab dok tengok beratoq dengan panjang pa semua... padahal sempat ja makan slow slow ( makan dan minum 80baht )



Patut la susah nak cari soket nak cas fon , rupanya kat stesen keretapi hanya kedai yang menjual barangan runcit dan makanan sahaja yang ada soket kalau nak cas fon... kedai nie letak bukan untuk berapa jam cas tapi untuk satu fon kedai nie cas harga 20baht ikut suka hati berapa lama nak cas fon tu , nah sekali letak nak cas 3 fon ( 60baht + makanan ringan 85baht ) 

Tiket keretapi dari Hatyai Junction ke Chum Phon telah diurusakan oleh fadzil , boleh rujuk link ini https://www.thairailwayticket.com/eTSRT/default.aspx?language=1 ( boleh terus daftar dan beli terus pembayaran fadzil gunakan kredit kad )
ini kena print sendiri , bila sampai stesen just tanya kat kaunter information kat mana nak tunggu untuk keretapi nie... sekarang nie senang nak apa2 saja online ja , siap boleh pilih kerusi mana nak duduk , katil atas ka bawah ka dalam keretapi tu... Sekali nampak keretapi di thailand nie macam tak maju , pada hakikatnya mereka lebih jauh maju dari malaysia 😔 nak beli tiket ja boleh online malaysia masih tak boleh lagi... untuk coach yang kami ambil nie adalah coach second class , coach nie waktu siang kerusi dan katil ,  masuk jam 7 malam staff keretapi akan datang pasangkan katil , untuk kali nie fadzil pilih katil ruang atas ( murah sikit 592baht ) untuk dia , aku kat bawah ( mahai sikit tapi baloi dapat tengok view 662baht ). 







Bahagian bawah nie boleh tahan juga luas dia... tapi malam kalau view apa yang nak tengok...




Hari kedua...



bawa kamera nie senang... kemana saja


dekat signbord kuning nie la , tempat kami sewa tempat untuk letakkan bag... 

Lebih kurang jam 1.24 pagi alhamdulilah selamat tiba di stesen keretapi chum phon , kalau ikutkan jadual perjalanan kami akan sampai jam 11 malam tapi sebab keretapi bergerak agak tidak terlalu laju sangat... Jadi masa untuk tunggu bas jam 6 pagi yang nak bawa kami ke jeti tu tak la lama sangat nak tunggu... Masa pun banyak jadi cari kedai makan kebanyakkan tutup dan tak nampak kedai makanan muslim , jadi 7eleven ja la yang relevan makan time pagi2 buta tu... Sebelum nak cari kedai makan tu kami ternampak ada satu kedai yang menyediakan khidmat simpan bag dalam kawasan stesen tu ,  kedai tu buka 24 jam jadi tak risau kalau sampai jam berapa pun kedai tu buka , jadi untuk meringankan beban tak mau bawa bag kemana2 kami letak bag kat situ ( cas dikenakan 50baht untuk dua bag aku )

Macam biasa makanan yang di cari mee segera , roti dan air ( 86baht ) serta makanan spare atas bas dan feri... Settel lepak dan makan kat situ lebih kurang jam 3 pagi , gerak balik ke stesen keretapi habuan nak tidoq sementara nak tunggu bas... Nak dekat jam 6 pagi tu agak kelam kabut sikit sebab orang yang in charge untuk bas ke jeti tu mai cari ( sebab orang tu boleh kenal kami , kami tanyakan kat mana nak tunggu bas tu sambil tunjukkan resit combine bas dan feri , jadi orang tu cakap dia incharge , kemudian dia cakap akan cari kami dalam kawasan tu , kira senang dah la... ) dalam keadaan muka yang kalut 😆 , bas nak ke jeti tu lebih kurang 1 jam perjalanan dari stesen keretapi tu.  Nak dijadikan cerita la , turun bas dalam keadaan tak perasan kata bawak tiga bag , cuma dicapai dan galas dua bag ja depan dan belakang , padahal bag yang bawa kaki itik tak ingat... nasib baik la driver bas tu boleh ingat dan ligan masuk ke kapal sebelum bertolak bagi kat aku 😙 kalau tak jenuh menjawab aku dengan adik aku kat RM3XX jugak la barang dalam bag tu 😂... Perjalanan ke Koh Tao menaiki feri tu lebih kurang 4 jam lebih...
view dari atas kapal lepas turun dari bas...

waktu naik ke bot nie semua bag staff kapal nie minta letakkan beg kat situ... bag yang bawak laptop dan kamera bawak masuk dalam...

masuk saja dalam kapal terus diberinya peta pulau koh tao...

terlupa pula satu benda , tiket feri juga boleh beli online yaa...
ini link dia https://songserm.com tak risau kalau kata terlambat beli tiket , semuanya online...

Sesampai ja jeti Koh Tao dalam lebih kurang 10.30 pagi macam tu terus ja cari kedai nama Diamond Tour https://www.facebook.com/AmazingDiamondTour/ 




sebabnya fadzil ada bertanyakan tentang pakej round island dan mungkin dah tempah untuk snorkeling sekali jadi mudah balik dan tak buang masa untuk cari pakej round island. Untuk pakej snorkeling dan round island 600baht ( + 100baht untuk masuk ke Koh Naang Yuan , ini bayar waktu naik bot ) dan untuk sewa motor pun kami ambil di kedai Diamond Tour 3 hari ( 600baht kongsi dua jimat balik ). Kali ini kepada penyewa motor pemeriksaan pihak kedai agak begitu detail siap rekod video lagi , tak macam dulu , mungkin sebab banyak kes rosak yang penunggang buat atau tak sengaja terjadi.


Sampai terawal nak cek in gusethouse ( http://bit.ly/praneeguesthouse , byk lagi hotel kawasan nie , ini berdasarkan bajet kami yang betul2 nak jimat , pastu dia betul2 ditengah pekan sairee beach ) awal pulak , jadi angkut bag tinggal kat lobi , kemudian ronda cari kedai kot ada kedai makanan muslim ka... last sekali cari 7eleven jugak ( 185baht ) , tengok jam pun macam boleh cek in dah , balik guestouse terus lena membongkang sampai ke petang laa pukulan lena tak cukup 😂.

Dah cukup lena dah cukup rehat , masa untuk keluar nak cari kayak atau paddlebord laaaa... 😍 dekat sairee beach jalan kaki ja pantai tak jauh dari guesthouse dalam berapa ratus meter ja pun...









jalan punya jalan akhir nya jumpa jugak la.. tapi yang jem dia aku tak pakai seluar biasa... jadi fadzil tunggu kat situ , aku sanggup balik tukaq baju 😂 hahaha.... ambil sejam ( 200baht ) ja sebab dah nak dekat gelap tengok jam dah dekat kui 7... Memang berbaloi oiiiii.... Sempat layan sunset atas paddlebord wei nikmat dia 😍😍😍 memang tenang campoq syahdu laaaa....






thank you untuk video nie bro...😍

Dalam dok cari kedai ternampak la kedai kentang gorang nie , beli seroll ( 40baht ) sementara dok cari kedai makan muslim.... 


Jalan punya jalan , sekali tu alhamdulilah memang jumpa , orang rohingya buka stall roti canai pisang yang sinonim makanan di thai tapi menu dia berbagai jugak la...



memang makan tu nikmat dia paduuu laaa.... ( roti ayam 80baht )

oleh yang demikian kami nie kaki kopi cari kopi la... banyak kedai kat tepi pantai nak pilih tak tau jadi main masuk tengok ada mesin kopi lepak terus...



cappuchino ( 90baht ) untuk malam nie sebelum lelap mata hehehe , sayang tak dapat dok lama sebab kedai pun nak tutup , minum pun cepat la jadinya pastu balik terus....

sempat layan show depan kedai kami minum kopi tu...



Hari ketiga...

Snorkeling time.... tapi sayang nya ada kelewatan yang tak dapat dielakkan... Pakej yang diambil adalah sehari ( pakej ada dua time satu jam 10.30pagi  untuk oneday , untuk halfday jam terlupa kui berapa lak ) mereka datang pickup dekat guesthouse jam 11pagi thai memang dekat kui 12 gak la... kemudian nak ambil yang lain lagi 😄 memang jadi lambat la , sampai kat jeti pun ingat boleh naik dah , pun tak boleh jugak sebab ramai yang tak sampai lagu , daftar lagi , bayar duit nak masuk koh naang yuan lagi , kira boleh sempat minum nescafe dua cawan jugak la 😌 , sampai ada sorang mat salleh nampak macam benggang sikit la sebab dah lewat... dengaq dia dok bising kata jam 10.30 tapi sampai 1.00 tghari tak naik bot 😂 angin la kawan tu hahaha... mungkin ada masalah teknikal rasanya yang kita tak tahu.... kemudian tekong tu counter balik dia cakap sepatutnya pakej tu habis jam 4 ptg tapi dia lajak habis jam 6 , yang lain muka ada senyum laaaa... jadi semua sudah berpuas hati....



dekat setengah jam jugak la menunggu...


Pulau yang pertama dibawa Koh Naang Yuan , ( pulau nie private katanya , sebab drone , fin ( kaki itik ) botoi  air plastik memang tak boleh bawak masuk sebab botol air tekong tu cakap curi batu karang kat situ ) , pulau nie amat terkenal dengan viewpoint dia yang menampak persisiran pantai dia menyambungkan satu pulau kecil ke pulau kecil satu lagi... masa 1 jam sahaja yang tekong tu bagi untuk berhenti kat pulau tu... 1 jam tu memang tak cukup la sebabnya waktu nak naik ke viewpoint dia orang punya la penuh dok beratoq ( kat sini saja pun dah 10-15 minit ) , hanya untuk ambil gambar ja pun 😂 jadi masa terbuang kat situ ja , tak berapa nak boleh explore sangat kat pulau tu...
Pusing pulau koh tao pun tak besar mana , memang betui punya dia bawak pusing pulau dan ada point2 yang dia berhenti macam di shark bay , mango bay , ( yang lain dia lupa ) untuk snorkeling.



Kat atas pulau kecil tu la kita boleh nampak viewpoint keseluruhan pulau koh naang yuan.

Datang time nie mungkin macam awal , penuh sampai terpaksa beratur la hanya semata mata nak ambil gambar , kalau tengahari nak ke petang macam tu tak dak orang , mungkin sebab pelancong dari cina time tu punya la ramai.


Nak sampai keatas puncak nie pun mencabar sungguh kesabaran dia...

ia berbaloi... sangat2 berbaloi...

Masyallah kecantikkan dia tak tau nak cakap macam mana lagi dah 😍





dah habis bergambar kat pulau tu , masa untuk snorkeling... snorkeling disekitar pulau koh tao kalau ikutkan menarik sebabkan cuaca nak ke petang tu macam redup sikit jadi dasar laut tak berapa nak clear jadi gelap sikit dan ada juga satu dua tempat nak snorkeling tak boleh turun sebab arus air dia kuat.

cuaca tak menyebelahi kami untuk hari ini...

matahari pun mula membenamkan dirinya...

  dapat kenalan dari argentina yang kiri sekali nicobarbarosch dan lucasweinmann...
nice to meet you guys 👍


Hari Keempat

Niat utama nak naik ke semua viewpoint viewpoint , tapi macam tak sempat , jadi kami mulakan ke view point yang paling hujung koh tao sekali , tapi sebelum tu singgah ke freedom beach , sebab tak jauh sangat dari viewpoint John Suwan...

View dari tempat nak masuk freedom beach , nak masuk ke freedom beach nie kena fee 50baht...

Ada juga resort di sini...

lawa gila baq hang kat sini 😍😍 nikmat suasana paling nikmat...


dalam punya dok nikmati keindahan sambil snap gambar ada la satu couple nie dok posing yang kena dengan position gambar... hurmm aku pun apa lagi tekan burst la kat fon...



 tapi kita ok punya... panggil dia , tanya mat salleh tu nak tak gambar , i send to you by email...

Dah puas lepak berejam kat freedom beach , baru la naik ke viewpoint John Suwan.


 View terbaik setakat ini dan orang pun tak ramai... dalam lebih kurang sejam macam tu lepak pastu balik guesthouse... 

Malam kami tak kemana sangat cuma cari kedai kopi ja... kami nie penggemar kopi memang tak lepas dengan kopi 😍 ( untuk kopi nie 90baht ) , jadi lepak kat situ pastu pusing cari souvenir dalam satu dua balik...

( untuk ice blend nie lebih kurang 1150baht macam tu ) 

Hari Kelima
Masa untuk kemas dan pulang... sebebkan bot datang kui 2 tghari macam tu... awal pagi lebih kurang jam 7.30 pg , macam biasa rutin jog kat tempat orang kena rasa https://www.strava.com/activities/1383980661 pengalaman penting , kena angin pagi tempat orang kannn.... sempat la lelepkan mata sat hehe... 
Kedai ini kedai sarapan pagi yang sangat2 direkemenkan... 

Sandwish tuna bersama cappuchino ( lebih kurang 180baht makan dan minum )

cukup time untuk chek out terus , cuma kami minta tumpangkan bag kat tempat kami sewa kan motor tu sementara nak sampai jam 2 , semetara tu pusing buah last cari souvenir kat kawasan situ kot ada yang berkenan...


terselit juga kedai muslim yang menjual roti canai atau mudah kenal kedai pancake tak jauh dari jeti.



Masa untuk mengucapkan salamat tinggal Koh Tao....


Sebelum menamatkan blog nie terlupa nak tulis ringkasan perbelajaan pergi dan balik serta kos yang perlu untuk bagpack kali nie : 

  • KTM BM - Padang Besar ( pergi dan balik )                    : RM   20.80
  • Keretapi Padang Besar - Hatyai ( pergi dan balik )           : 1,400 Baht
  • Keretapi Hatyai - Chum Phon ( pergi dan balik )              : 1,214 Baht 
  • Bas Chum Phon - Jeti + Tiket Feri ( pergi dan balik )       : 1,000 Baht
  • Hotel Budget 4hari 3 malam                                              : 1,800 Baht
  • Sewa Motor 3 hari                                                             :    600 Baht
  • Snorkeling + Koh Nang Yuan Fee                                     :   700 Baht
  • Freedom Beach Fee                                                           :     50 Baht
  • John Swan View Point Fee                                                :     50 Baht

       Jumlah  keseluruhan selepas ditukar ke Ringgit Malaysia   : RM 890


aku jugak ada buat video kalau nak tengok vlog waktu kat pulau nie , ini link dia 






































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penang - Hatyai Keretapi

Journey To Yala untuk Raya Haji , Thailand